salam semua ,
nie ada entry sikit pasal kahwin muda sebab aku baru ja lepas sembang sembang dengan kawan aku pasal kahwin muda nie.
umum dah tau,kahwin adalah satu fitrah kejadian semulajadi manusia. Kahwin juga satu sunnah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Maka bila mana kita berkahwin, alhamdulillah, kita sudahpun mengikut salah satu daripada sunnah Nabi. Persoalan bagaimana kita melaksanakan sunnah itu juga perlu diberi perhatian dan penelitian yang mendalam. Topik kali ni rasanya cukup relevan dengan suasana kita. sekarang nie kahwin muda dah jadi macam satu trend . perlu atau tidak itu yang kita perlu bincang .
Senario “asal cuti sekolah atau cuti umum saja, berderet-deret kad jemputan yang bertempek di meja kita” seakan sudah lali bila tiba musim.asal cuti saja, ada majlis kahwin, asal kahwin saja, mesti tengah cuti (dah masa cuti saja yang ada masa, ‘time’ ni la nak kahwin pun kan?)
nie antara kebaikan berkahwin muda :
- Meramaikan manusia atas muka bumi atau spesifiknya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai di hari akhirat nanti (sapeatak nak jadi kebanggaan Nabi SAW kan?).
- Elak mendekati zina (ni memang tepat lagi jitu, yang halal dah ada, napa masih nak cari yang haram?)
- Mengurangkan dan menghapuskan gejala sosial (yela, sapa nak marah kalau kit ‘berkepit-mepit’ ngn isteri/suami sendiri, suka hati kami la..lalalalala)
- Membantu memberi ketenangan hidup yang maksima (yala, dah ada yang tersayang di sisi, sejuk jer..)
- Ibadah yang berganda pahalanya dan lebih khusyu’ (tak perlu lagi risau awek/pakwe akan dikebas orang..hikss)
Antara keburukan kahwin muda plak :
- Rumah tangga cepat bergoncang kerana kurang ilmu, kemahiran dan persediaan (lagi teruk kalau kes kahwin ‘terpakae’..adeh..).
- Rasa diri masih bujang (ini bahaya, sifat genetik gatalnya perlu dibendung perlahan-lahan..)
nie lah serba sediit aku nak kongsi dengan korang semua . RENUNG RENUNG KAN DAN SELAMAT BERAMAL .
No comments:
Post a Comment